Topix.com - perbincangan hangat di internet

Sape yang tau pasal topix.com cepat angkat tangan. Huhuhuhu... ramai nye yang tau. Ok, kat sini aku nak bagi tau korang dekat topix.com tu ader satu sub forum malaysia. Bila korang klik kat situ, korang leh tgk macam-macam post. Korang nilaikan sendiri semua post tu. Ada OK ka tarak Ok.


chow....


topix.com

Aku kembali

Hmmmm................ setelah sekian lama aku tak update blog nie kini aku kembali. Sebab apa aku tak update blog nie aku pun tak tau. Malas kot ...... mungkin. Tak de idea...... mungkin jugak. Entah la...

Hari nie tiba-tiba aku tergerak hati nak menulis kat blog nie. Mungkin sebab boring kot dengan kerja-kerja pejabat. Maklumla... dah akhir tahun.


Ok .... jumpa lagi di post akan datang......

bile.... ????? Entahla.....................................................

Khairy punca BN tewas mengejut?

Najib menang dengan 26,000 undi dan jumlah ini lebih banyak daripada 2004 ketika BN sangat, sangat popular. Sebaliknya, Pak Lah - yang mempunyai majoriti 18,000 undi sebelumnya - kini hanya berjaya mendapat 11,000. Kenyataannya, dia telah hilang banyak undi. Dan tidak banyak pemimpin yang berjaya meningkatkan majoriti sejak 2004.

Transkrip sidang media Tun Dr Mahathir Mohamad pagi tadi:

Adakah Tun terperanjat dengan keputusan (pilihanraya semalam)?

Mahathir: Saya rasa ia memang menggemparkan. Walaupun saya menjangkakan BN akan kalah tetapi saya tidak fikir mereka boleh tumbang di lima negeri.

Saya minta maaf, saya salah pilih Pak Lah. Saya tidak sangka seseorang Perdana Menteri boleh menukar semua dasar sebuah kerajaan. Jadi saya fikir masyarakat seluruhnya mesti rasa sangat-sangat marah. Ketiga-tiga kaum, Cina, Melayu dan India semuanya memberi reaksi.

Apakah Tun akan menekan Pak Lah agar meletakkan jawatan?

Saya rasa dia patut memikul tanggungjawab (atas kekalahan) ini. Macam tahun 2004, ketika mendapat majoriti besar, kemenangan itu digambarkan kerana dirinya 100 peratus. Sekarang dia harus terima 100 peratus tanggungjawab itu.

Apa maksud Tun mengambil tanggungjawab?

Dia telah memusnahkan Umno, merosakkan BN. Dan dia harus bertanggungjawab atas kekalahan teruk ini.

Jika dia enggan mengambil tanggungjawab, apakah anda fikir Umno akan memastikan dia melepaskan jawatan?

Saya fikir orang Umno di peringkat akar umbi sangat takut pada lelaki ini. Ketika saya (memimpin) dulu, mereka boleh mencabar saya. Tapi kali ini saya sendiri tidak dibenarkan bercakap. Saya diundang berucap di depan ahli-ahli Umno tetapi semuanya terpaksa dibatalkan. Mereka kata, polis meminta mereka membatalkannya.

Apabila anda kata (dia harus) 'meletakkan jawatan', apakah anda maksudkan (presiden) Umno atau Perdana Menteri?

Saya fikir dia patut (letak jawatan). Kalau orang Jepun, dia sudah lakukan 'hara-kiri'. Saya fikir pencapaian Najib (Razak) bagus. Dia telah menang dengan menakjubkan, lebih baik berbanding 2004.

Apakah yang anda fikir penyebab kekalahan ini?


Saya fikir menantunya (Khairy Jamaluddin) ada peranan besar.

khairy jamaluddinAnak muda ini yang tidak pernah mencapai apa-apa sebelumnya tetapi jelas Perdana Menteri lebih bersedia mendengar daripadanya berbanding polis, anggota Cawangan Khas dan angkatan tentera, yang lebih dekat dengan masyarakat akar umbi.

Mereka terlalu percaya pada laporan akhbar mereka sendiri sehingga mereka tidak dapat mendengar (sumber-sumber) yang lain. Mereka membuang apa sahaja yang mereka tidak gemar.

Apakah anda fikir masa untuk mengadakan pilihanraya ini (tidak sesuai) salah perhitungan?

Ia bolehlah disebut salah perhitungan tetapi saya ragu-ragu jika mereka menangguhkan tahun depan, keputusannya akan berlainan.

Apakah isu-isu yang mendorong tumbangnya negeri-negeri itu?

Banyak isu yang menyebabkan perasaan orang ramai, walaupun ada pertumbuhan ekonomi, mereka tidak rasa apa-apa (nikmat).

Mereka rasa kenaikan kos sara hidup satu faktor besar. Mereka juga nampak bahawa kerajaan kini ditadbir oleh satu keluarga sahaja. Apabila keutamaan keluarga melebihi kabinet, kerajaan, maka orang akan menentangnya.

Apakah anda fikir kerosakan ini akan kekal bersama BN?

Semuanya boleh diubah jika anda buat sesuatu dengan baik. Mereka menjadi begitu bongkak sehingga mereka menutup semua pandangan lain yang mereka tidak suka dan percaya pada laporan mereka sendiri yang tidak sejajar dengan apa yang sebenarnya terjadi dalam negara.

Dengan kejayaan pembangkang menembusi banyak lagi negeri-negeri, apakah yang akan terjadi?

Akan wujud ketidakstabilan untuk seketika. Jika pembangkang pandai, mereka boleh memperbaiki keadaan itu.

Apakah anda fikir Anwar Ibrahim masih lagi relevan?

anwar ibrahimSaya fikir dia masih lagi relevan tetapi dia tidak akan menjadi perdana menteri di negara ini.

Jika anda berada di tempat Pak Lah, apakah anda akan tergesa-gesa untuk menubuhkan kerajaan?

Saya akan mengambil tanggungjawab. Jika orang minta saya meletakkan jawatan, saya akan letak.

Selepas ketewasan teruk ini, apakah anda fikir BN masih mampu memperbaiki keadaan ini?

Masih ada harapan. Tetapi sama ada pemimpin-pemimpin bertekad untuk memperbaiki BN adalah persoalan lain.

Siapakah yang patut menggantikan Pak Lah?

najib tun razak 03Najib menang dengan 26,000 undi dan jumlah ini lebih banyak daripada 2004 ketika BN sangat, sangat popular. Sebaliknya, Pak Lah - yang mempunyai majoriti 18,000 undi sebelumnya - kini hanya berjaya mendapat 11,000.

Kenyataannya, dia telah hilang banyak undi. Dan tidak banyak pemimpin yang berjaya meningkatkan majoriti sejak 2004.

Benar, menantunya menang (di Rembau) tetapi dia hanya menang dengan majoriti kecil, lebih rendah daripada sebelumnya. Dia juga bertanding di kerusi yang selamat.

Bagaimana memperbaiki Umno?

Orang yang bertanggungjawab harus undur.

Jika orang Melayu tidak mengundi pembangkang, kekalahan teruk ini tidak akan terjadi. Kenapa boleh wujud gejala penyokong Umno memilih pembangkang kali ini?

Mereka fikir mereka kini dalam tekanan. Inflasi meningkat. Kehidupan mereka ala kadar. Semua tahu bahawa anda boleh cakap (bahawa) pertumbuhan (ekonomi) kini 6 peratus tetapi di mana 6 peratus ini di badan mereka? Mereka terpaksa membayar lagi.

Saya telah cakapkan perkara ini kepada Malaysiakini. Apabila anda berkata 6 peratus, ia hanya ukuran purata. Ia boleh dicapai apabila seseorang memiliki peratusan yang tinggi tetapi orang lain tidak mendapat apa-apa. Anda tidak boleh menunjukkan perangkaan jenis ini dan kemudian berharap orang ramai akan mengundi anda.

Seseorang yang cerdik akan tahu bahawa ia (statistik) tidak betul. Mereka yang tidak faham semua perangkaan ini, akan berpandukan apa yang sebenarnya dialami mereka. Apa yang mereka hadapi ialah kos sara hidup yang semakin tinggi dan tingkat kehidupan mereka makin rendah.

Jika kita tengok (sejarah) pilihanraya umum 1969, selepas Perikatan (kini BN) tewas, anda termasuk dalam golongan yang mendesak Perdana Menter (Tunku Abdul Rahman) melepaskan jawatannya kepada timbalannya (Tun Abdul Razak Hussein) ...

Saya dalam keadaan dilema kerana saya masih lagi ahli Umno.

Apakah anda akan menjadi pendesak lagi?

Saya akan terus bercakap. Jika orang tanya, saya akan berikan pendapat saya. Dan pandangan saya dalam perkara ini ialah orang yang bertanggungjawab harus berundur.

Melihat barisan pemimpin BN sekarang, apakah anda fikir kerajaan BN boleh mengurus ekonomi?

Tidak, saya tidak fikir mereka boleh mengurusnya. Walaupun mereka mempunyai ramai orang dan banyak wang, mereka tidak dapat berbuat apa-apa.

Kenapa?

Anda kena tanya pemimpin-pemimpin di negeri.

Pulau Pinang telah jatuh ke tangan DAP, bagaimanakah keadaan ini memberi kesan kepada Melayu?

Ia bukan hanya di Pulau Pinang. Jika kita hendak membaikinya, kita mesti mempunyai pemimpin-pemimpin Melayu, kita memang ada kerajaan Melayu dan warga Melayu mestilah tahu bagaimana mengatasi masalah mereka.

tengku razaleigh 02Apakah yang pemimpin veteran seperti Tengku Razaleigh (Hamzah) boleh buat untuk membantu Umno, setakat kini?

Mereka boleh memberi idea.

Apakah ia untuk melawan dan memaksa Pak Lah meletakkan jawatan?

Saya tidak bercakap soal pemberontakan tetapi (kita) mesti beri tekanan. Dan jika tekanan itu diabaikan oleh Pak Lah, maka ia akan menjadikan perkara ini suatu ketegangan.

Apakah anda fikir kemenangan besar itu akibat dorongan Anwar?

Saya tidak fikir kerana dia. Saya fikir keinginan (mereka) menentang BN lebih kuat daripada (mereka) menyokong pembangkang.

Mereka (pengundi) tiada pilihan. Jika anda tidak memilih BN, siapa lagi yang anda pilih? Hanya ada dua calon. Jadi anda memangkah calon pembangkang atau anda langsung tidak membuang undi. Kedua-duanya (keadaan ini) menyebabkan BN hilang banyak sokongan.

Orang kata Umno masih takutkan Pak Lah. Jadi bagaimana mereka boleh menekan Pak Lah agar berundur?

Saya yakin akan ada beberapa anggota yang berani di luar sana.

Apakah ada pilihan lain bagi Pak Lah selain melepaskan jawatan?

abdullah ahmad badawi pak lah 110907Saya tidak fikir ada pilihan lain. Seseorang yang bertanggungjawab 100 peratus harus menunjukkan bahawa dia sedia bertanggungjawab.

Ada orang kata jika majoriti dua pertiga BN dinafikan, peristiwa 13 Mei akan berulang. Kenapa ia tidak terjadi sekarang?

Tidak, saya tidak fikir ia akan berulang. Polis juga sangat berhati-hati, melarang orang berdemonstrasi dan jangan berarak.

Pada 1969, polis memberi keizinan kepada pembangkang menganjurkan perarakan kemenangan. Dan mereka bergerak ke Kampung Baru dan mula menghina orang-orang di situ, yang tentunya akan dibalas. Ia berakhir dengan rusuhan.

Jika polis terus bertegas dengan demonstrasi dan perarakan, saya tidak fikir akan wujud apa-apa masalah.

Apakah ini waktunya menghapuskan politik perkauman?

Saya katakan, ini (penolakan pada BN) melibatkan semua kaum. Bukan Cina sahaja tolak BN atau semua India tolak BN. Dalam kes ini, anda lihat Cina, India dan Melayu menolak BN kecuali di Sabah dan Sarawak.

Umno masih mengekalkan banyak kerusi berbanding parti-parti komponen seperti MIC dan MCA. Apakah mereka sanggup mendesak Pak Lah meletakkan jawatan?

Itu terpulang pada mereka sama ada mahu menekan atau tidak tetapi konsep BN masih relevan. Jika tidak ada (presiden MIC) Samy Vellu, maka cari seorang lagi Vellu.

Boleh ulas tentang Zam (Zainuddin Maidin)?

zainuddin maidinDia menang atau kalah? [ada orang jawab "kalah"] Oh, dia kalah. Cara dia berkempen sangat kelakar, memberitahu orang supaya tengok muka dia dan menunjukkan pada mereka bagaimana ia (muka Zam) tidak pernah berubah-ubah. Tetapi saya fikir, muka yang tidak berubah-ubah akan menyebabkan orang jemu. Kadang-kadang anda mesti ketawa, kadang-kadang anda kena menangis.

Dia beritahu semua orang "Ini muka tak bertukar, tak bertukar" [Zainuddin berkempen dengan menyindir politik Anwar yang sering berubah-ubah]. Siapa yang berminat tengok muka dia? Jika dia Britney Spears, lainlah ...

Jika anda mengalami ketewasan yang sama, apakah anda juga letak jawatan?

Ya, saya akan undur jika itulah kehendak orang ramai. Saya selalu tunduk pada hasrat orang ramai, sehinggakan ramai yang pernah menentang saya dimasukkan semula sebagai anggota kabinet, dan mereka itu termasuklah Pak Lah, Syed Hamid (Albar), Rais Yatim dan (Abdul) Kadir Sheikh Fadzil. Ini semua (pemimpin) pernah menentang saya.

Tetapi apabila Pak Lah dipilih sebagai naib presiden, saya tidak boleh (melantiknya) seperti yang dikehendaki Umno. Jadi, saya lantiknya kembali dalam kabinet.

Tetapi anda tidak meletakkan jawatan pada 1999?

Saya tidak letak jawatan sebab kita menang dua pertiga. Kita menang dengan sokongan penuh Cina. Ya, kita tewas di Terengganu dan Kelantan tetapi kita selalu kalah di Kelantan, dan (kita tewas) Terengganu kerana sebab-sebab khusus.

Apakah BN tewas kerana ramai pemimpin seperti Samy Vellu yang bergayut pada kuasa terlalu lama?

samy vellu  010307Saya fikir Samy Vellu turut menjadi penyebab utama ketewasan itu. Ketika dia dalam BN, dia tidak benarkan orang MIC sampai ke peringkat setinggi dia. Jika mereka menang sebagai timbalan atau naib presiden, mereka akan disingkirkan dan malah dibuang dari parti.

Dan dia tidak benarkan parti-parti lain kaum India menyertai BN. (MG) Pandithan cuba sertai, merayu pada saya untuk membenarkannya dan saya bersetuju tetapi kita dalam BN ada kata sepakat bahawa jika ada satu parti tidak bersetuju, kita tidak boleh menerimanya.

Apakah anda terkejut dengan kemenangan (tahanan ISA) M Manoharan?

Ia pernah berlaku pada 1959 atau apakah itu tahun 1964, apabila PAS masuk ke kampung-kampung dengan membawa kasut calon dan dia boleh menang.

Apakah pandangan anda tentang peranan media, khususnya media arus perdana, dalam kempen (BN) ini? Apakah anda fikir ia patut diubah?

Memang patut diubah. Mereka patut melaporkan apa yang sebenarnya berlaku dan melakukan analisis yang betul. Dulu, media berupaya memberikan maklum balas kepada saya tentang apa yang berlaku di bawah. Mungkin apabila mereka bercakap tentang isu kaum dan seumpamanya, saya akan menutup (media), seperti saya buat pada 1987.

Patutkah semua ketua atasan akhbar-akhbar ini meletakkan jawatan?

Mereka sendiri ada batasannya. Sebahagiannya kawan saya dan penyokong saya juga dan mereka memohon maaf kerana tidak mampu membantu. "Ini semua angkara Kali. Kali ini," cerita mereka pada saya.

Apakah Umno makin tidak relevan?

Untuk masa ini, ya. Ia tidak selalunya begitu. Jika Umno memberikan khidmatnya pada negara, dan menjaga semua kaum, maka Umno akan menjadi relevan semula.

Apakah ulasan Tun tentang calon-calon muda BN yang tewas?

khairy jamaluddinMemang ada khabar-khabar angin bahawa sebahagian calon-calon ini (orang) Khairy dan bahawa dia mahu menjadi perdana menteri.

Apakah anda fikir pemimpin-pemimpin komponen BN yang lain patut meletakkan jawatan?

Saya rasa sudah ada seorang pemimpin yang tewas. Untuk kes (presiden MCA) Ong Ka Ting, terpulang kepadanya. Keputusan itu terlalu teruk padanya dan MCA dan ia tidak pernah seburuk ini.

Semua orang kata PAS dan DAP tidak boleh bekerjasama tetapi jika mereka gagal bekerjasama di Selangor dan Perak, mereka tidak boleh membentuk kerajaan negeri. Apakah komen anda?

Jika mereka kerja bersama, mereka boleh membentuk kerajaan negeri. Jika tidak, maka wakil-wakil Umno - jika mereka cukup - boleh membentuk kerajaan minoriti. Tetapi ia akan menjadi kerajaan yang goyang.

Apakah anda sedih melihat keputusan itu?

Ya, walaupun saya sangat berharap satu mesej telah disampaikan kepada kerajaan.

Apakah anda berminat aktif kembali dalam politik?

Saya tidak akan kembali bergiat dalam politik tetapi jika mereka meminta nasihat, saya boleh beri. Bagaimana saya hendak kembali kerana apabila saya melepaskan jawatan, mereka layan saya seperti seorang pariah.


dipetik daripada malaysiakini

Demam AF la pulak...

Alif - Sayang Sayang (Aliff Aziz)
Yana - Diriku Tapak Sulaiman (Elyana)
Toi - Pagi Yang Gelap (Hujan)
Nadia - Rindu (Hetty Koes Endang)
Sadia - Terlalu Cinta (Rossa)
Rina - Simply The Best (Tina Turner)
Stacy - No One (Alicia Keys)
Lufya - Ingkar (Bunga Citra Lestari)
Naim - Memburu Rindu (Hattan)
Stanly - You Raise Me Up (Josh Groban)
Faisal - Satu Qiblat Yang Sama(Rabbani)
Ika - Kesetiaan (Siti Sarah)
Riz - Ketulusan Hati (Anuar Zain)
Nubhan - Ruang Rindu (Letto)

Siapa yang tengok konsert AF mlm semalam. Macam mana best tak..?? Pada aku setakat ok je. Pasal ini baru konsert yang pertama, so semua student belum menunjukkan belangnya. Tapi aku tertarik persembahan dan suara Nadia, Riz, Stacy dan Stanly. Memang mereka mempunyai potensi jika diberi peluang.

Kenapa Yana yang keluar.... hmmm undi dijari anda.

Nadia


Stanly


Riz


Stacy

Tengku Azlan pada kami

PUTRAJAYA: Ahli Parlimen Jerantut, Datuk Seri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar dan Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Anifah Aman, masing-masing menolak pelantikan sebagai timbalan menteri yang diumumkan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, semalam.



Tidak dinafikan bahawa Tengku Azlan merupakan orang lama UMNO. Beliau merupakan Ketua UMNO bahagian Jerantut.

Sebagai salah seorang warga jerantut, mari saya ceritakan sedikit mengenai Tengku Azlan. Jika ditanya kepada penduduk kampung terutama Kg Perlok, Ulu Cheka, adakah mereka menyokong Tengku Lan ( Tengku Azlan ) jawapan rata-rata anak muda kampung tersebut adalah Tidak. Sebab apa mereka tidak meyokong.... sebab ketika kempen pilihanraya yang lepas, Tengku Lan tidak berminat untuk masuk kampung. Alasannya..... sebab jauh. Beliau lebih berminat untuk berkempen di kawasan yang senang didatangi.

Ini menyebabkan anak-anak muda kampung marah... Mereka ingin berjumpa dengan Tengku Lan. Mereka menyokong UMNO, bila berlaku perkara tersebut... mereka memulaukan BN. Walaupun kampung Ulu Cheka kecil... mereka juga inginkan wakil rakyat seperti Tengku Lan untuk turun padang bersama beramah mesra dengan penduduk kampung. Bukan ingin meminta sebarang projek kerajaan, tapi hanya meminta untuk datang melawat kampung.

Dengan hasrat menjadi menteri penuh, Tengku Lan tidak wajar menolak jawatan yang diberikan oleh Pak Lah. Tengku Lan berpeluang menjadi menteri penuh apabila ada kekosongan yang sesuai. JAwatan timbalan menteri tidak kurang besarnya. Kenapa harus ditolak. Mungkin Tengku Lan mempunyai jawapan sendiri.

Kepada Tengku Lan. Saya sebagai anak Jerantut memohon maaf jika tulisan ini mengguris perasaan Tengku Lan. Saya tidak lupakan jasa Tengku Lan walaupun Tengku Lan tidak mengenali saya. Sebagai warga Jerantut, kami bukan ingin mengkritik...tetapi hanya meluahkan perasaan.

Air Percuma

KUALA LUMPUR 16 Mac – Rakyat Selangor akan menikmati bekalan air secara percuma sehingga 20 meter padu sebulan bermula April ini.

Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, bagi tujuan itu, pihaknya akan menilai semula perjanjian antara kerajaan negeri sebelum ini, dengan Puncak Niaga dan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).

‘‘Perkara-perkara yang terkandung dalam perjanjian ini akan digunakan untuk membekalkan 20 meter padu air secara percuma.

‘‘Kita menjangkakan pembekalan air percuma itu akan dilaksanakan dua minggu selepas Exco kerajaan negeri dilantik dan kita perlu bincang dalam mesyuarat Exco,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis kesyukuran meraikan kemenangannya di Bandar Tasik Selatan di sini hari ini.

Sementara itu, jurucakap Syabas ketika dihubungi berkata, 20 meter padu penggunaan air pada peringkat kegunaan rumah tangga atau domestik menyamai nilai RM11.40.

Di Selangor terdapat hampir 1 juta pengguna domestik. Ia menjadikan nilai bulanan bagi 20 meter padu yang dikecualikan itu mencecah nilai keseluruhan berjumlah hampir RM11.4 juta.

Menurut Khalid, pembentukan majlis mesyuarat kerajaan negeri (Exco) Selangor akan dibuat pada Sabtu depan.

Beliau berkata, mengikut perancangan, perkara berhubung pembekalan air percuma itu akan dibincang dalam mesyuarat Exco sebelum ia diluluskan.

Bekalan air percuma untuk 20 meter padu yang pertama merupakan sebahagian daripada janji manifesto pilihan raya yang dikemukakan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) semasa kempen Pilihan Raya Umum Ke-12.

Kerajaan negeri Selangor kini merupakan kerajaan campuran yang diterajui oleh PKR setelah parti itu memenangi kerusi terbanyak di negeri berkenaan bersama DAP dan Pas.




Kalau betul dapat 20 meter padu air percuma, memang best. pasal aper....?? pasal umah aku x banyak guna air ..... huhuhuhu ... air free.

Yang terbaik di Janda Baik


Petikan artikel KOSMO .

Pelbagai lokasi penginapan privasi dan percutian bertema lasak boleh dinikmati di kampung tersohor di Pahang ini hanya dengan pemanduan sebentar dari Kuala Lumpur.

TIDAK sempat untuk merasai mabuk perjalanan, seseorang yang menyusur masuk ke kawasan Kampung Janda Baik, Pahang dengan kenderaan sendiri tentu bersetuju tentang beberapa perkara. Tidak lagi perlu merungut tentang kesesakan lalu lintas mahupun udara yang tidak segar.

Apatah lagi saat disambut kedamaian bunyi riak sungai dan jeram selain desiran angin yang mengusik rimbun-rimbun pokok. Semua itu menggamit hati bukan sahaja di kalangan penggemar alam semula jadi malah kepada mereka yang ingin bercuti lebih panjang untuk bebas daripada hingar-bingar kota.

Tidak hairanlah kini bertambah ramai pengusaha pusat penginapan yang muncul dengan pelbagai tarikan percutian. Papan tanda pelbagai saiz yang bertulis ‘calet’ dan ‘resort’ dilihat membimbing pemanduan ke jalan masuk dari Kawasan Rawat dan Rehat (R&R) Genting Sempah, Lebuh Raya Karak.

Ringkasnya, kesemua pengusaha penginapan serta pusat latihan yang bersandarkan alam semula jadi ini berkongsi khazanah yang sama iaitu kehijauan rimba di kaki Banjaran Titiwangsa.

Sama ada lawatan hujung minggu mahupun perancangan untuk bermalam lebih lama, kunjungan ke Janda Baik masih menjadi pilihan ramai, biarpun digemparkan dengan rasa gegaran gempa kecil baru-baru ini.

Antara yang mencuri tumpuan kini adalah Tanarimba, iaitu sebuah kawasan penempatan eksklusif seluas 2,955 hektar dengan nilai rumah mencecah sehingga jutaan ringgit.

Di sebalik deretan pokok pain menyambut tetamu di laluan masuknya, ia menjanjikan gaya hidup kediaman banglo yang hanya mengambil 20 peratus daripada lantai hutan yang tidak terusik dengan pembangunannya.

Sementara pemaju Tanarimba menyasarkan konsep privasi dan eksklusif dalam elemen rimba, terdapat banyak lagi pengusaha chalet di Janda Baik yang mengajak kumpulan pengunjung bajet. Kedatangan secara berkumpulan lazimnya tidak lari daripada tujuan program bina diri dan kursus motivasi.

Penginapan seperti di D’Ark Training and Resort atau Zaini Guesthouse menjadi pilihan bagi mereka yang gemar aktiviti lasak seperti larian berhalangan, treking hutan, meranduk sungai dan banyak lagi.


Tarikan outdoor yang tidak kurang hebatnya juga menanti di Latto Charok Chalet. Penginapan yang paling hampir dengan lokasi Air Terjun Tampit itu menyambut tetamunya dengan pilihan aktiviti yang mencabar fizikal dan minda.

“Selain daripada treking hutan, tetamu kami juga boleh menyertai aktiviti lain seperti memancing di sungai serta aktiviti kembara malam. Semua itu atas kendalian penganjur lawatan mahupun dengan perbincangan dengan pihak kami.

“Bagi menampung kedatangan yang lebih ramai, tapak perkhemahan turut disediakan,” ujar pengusaha Zaini Guesthouse yang tempatnya mampu menampung sehingga 80 orang dalam satu masa.

Keindahan alam sekitar yang wujud di sekitar tanah milik keluarga telah dibangunkan untuk dikongsi bersama pengunjung. Itulah yang diusahakan oleh pemilik dan pengusaha penginapan homestay Sailor’s Rest, Tuan Hashim Tuan Mohamad, 68.

Tidak hairanlah jika beliau sanggup mengeluarkan belanja untuk menambah ruang kediaman banglo beliau untuk tujuan sewaan tetamu.

Sebagai tarikan tambahan, beliau turut membina sebuah replika bot persiaran yang sebenarnya bertindak sebagai bilik penginapan dengan sentuhan mewah – sama seperti sebuah kapal mewah. Jika bertanya tentang kapal atau bot di tengah hutan Janda Baik, ramai yang akan menunjukkan tempat ini.

“Walaupun Sailor’s Rest tidak mampu menampung ramai penginap pada satu-satu masa, layanan kami begitu istimewa. Kami melayan penginap umpama keluarga sendiri dan mereka akan diajak untuk makan dan bersiar-siar di sekitar kawasan kebun buah di homestay ini,” ujar beliau yang selesa menguruskan tempahan melalui laman web.

Bukan sesuatu yang menghairankan apabila melihat sepasang atau sekeluarga pelancong luar negara yang menyusuri laluan di Janda Baik hanya dengan mengayuh basikal.

Bagi warganegara asing ini, persekitaran perkampungan Melayu dengan rutin harian penduduk yang rapat dengan alam sangat unik.

Jika orang luar tahu menghargainya, apatah lagi kita yang memilikiya. Walau di mana pun pilihan penginapan anda di Janda Baik, ingatlah akan satu perkara – memelihara alam sekitar adalah komitmen yang berpanjangan. Kata orang, dalam seronok bercuti, junjunglah warisan semula jadi!


Mari datang ke Seri Dinar ... Nak buat teambuilding ker .... Mari Mari

TOL oh TOL


Hmmm...... semasa dekat pilihanraya yang lepas, saya dapat banyak email. Ada email yang elok, ada juga yang hampeh. Tapi saya tertarik dengan satu email yang dihantar mengenai TOL. tak kira la tol apa, utara selatan ke, Sg besi ke, Damansara Puchong ker .... janji TOL.

Untuk 12 hari sahaja ( sepanjang Tahun Baru Cina ) kutipan TOL adalah RM 105j. Mak aih..... 105j tu. bukan 105 ribu. Ini menunjukkan bahawa bilangan kenderaan yang ada sekarang sudah terlalu banyak.

Kalau kita baca keratan tersebut, jumlah yang telah didapati oleh pemegang konsesi TOL ni dah melebihi daripada apa yang telah dibelanjakan. Rasional ke kalau TOL dinaikkan lagi ? Yang ada sekarang pun dah membebankan. Bayangkan pulak kalau TOL terus naik.

Kita faham, pemegang konsesi merupakan sebuah syarikat. Maltlamat utama sebuah syarikat adalah untuk mendapatkan keuntungan. Kita juga faham jika pemegang konsesi tidak menaikkan TOL, kerajaan terpaksa membayar pampasan. Itu dulu. Semasa lebuhraya baru nak dibuat. Kita mungkin tak terfikir jumlah kenderaan yang menggunakan lebuhraya naik secara mendadak. Kita faham, perjanjian adalah perjanjian. Namun begitu perjanian tersebut harus dilihat kembali. Dalam keadaan semasa, pemegang konsesi telah berjaya membuat keuntungan yang tinggi, apa salahnya jika TOL sekarang dikekalkan jika tidak boleh dikurang. Rugikah syarikat jika ia bertindak demikian.

Kita bersuara, kita beri pendapat. Tapi...... adakah pendapat kita didengar .... ???

Hapuskan DEB tindakan orang buta sejarah

KLANG: Sebarang tindakan untuk menghapuskan Dasar Ekonomi Baru (DEB) adalah perbuatan mereka yang buta sejarah, kata Ketua Penerangan Umno Selangor Datuk Abdul Rahman Palil.

Beliau berkata DEB bukan sahaja dinikmati oleh kaum Melayu, malah menggariskan dasar untuk menyusun semula masyarakat yang turut dinikmati oleh semua kaum.

“Kami tidak akan teragak-agak untuk mengadakan protes sekiranya ada tindakan untuk memberhentikan DEB. Kami akan bertindak bangun untuk pastikan DEB diteruskan.


“Sejarah DEB harus dilihat dengan betul. Siapa yang nak nyahkan DEB ini sebenarnya mereka buta sejarah. Mereka lupa nikmat yang diperoleh hasil daripada DEB sejak 1974 lagi,” katanya kepada pemberita selepas majlis perjumpaan dengan penyokong Umno Bahagian Kapar dekat sini.

Beberapa jam selepas mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang yang baru pada Selasa lepas, Lim Guan Eng mengumumkan bahawa kerajaan negeri pakatan DAP-Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu akan menjalankan pentadbiran yang bebas daripada DEB yang disifatkannya membuka peluang kepada wujudnya amalan rasuah, kronisme dan ketidakcekapan.

Berhubung majlis yang dihadiri kira-kira 1,000 orang terdiri daripada anggota Umno bahagian Kapar itu, Abdul Rahman berkata majlis itu bertujuan memberi penjelasan kepada pemimpin di peringkat akar umbi supaya tidak lemah semangat menghadapi kekalahan Barisan Nasional (BN) baru-baru ini.

Katanya majlis ini juga untuk memberi keyakinan semula dan semangat baru kepada anggota dan pekerja parti di peringkat akar umbi supaya terus bekerja untuk parti.

“Sebagai penyelaras, kita mahu kerajaan baru yang dipimpin parti pembangkang akan menunaikan janji mereka dalam manifesto yang dibentangkan pada kempen pilihan raya lepas,” katanya.

Mengulas mengenai kekalahan BN di lima negeri termasuk di Selangor, Abdul Rahman berkata mungkin sebahagian daripada anggota masyarakat dan Umno sendiri terpedaya dengan dakyah dan janji pembangkang yang difikirkan mereka boleh laksanakan.

“Sekarang, mereka kena melihat realiti yang sebenar adakah mereka boleh laksanakan atau tidak apa yang dijanjikan sebelum ini,” katanya. - Bernama



Berakhirnya Kuasa Majoriti BN di Parlimen

Panas.... setelah sekian lama memegang tampok pemerintahan negara, akhirnya kuasa BN telah digegarkan oleh pembangkang. Dengan hanya 140 kerusi Parlimen oleh BN, dan 80 kerusi oleh pembangkang, kuasa 2/3 BN di Parlimen telah hilang. Ini bermakna sebarang perkara yang perlu kelulusan Parlimen, perlu mendapat sokongan daripada pihak pembangkang.

Saya bukan orang yang minat dengan politik. Saya bukan penyokong BN atau PAS, PKR atau DAP. Saya adalah rakyat Malaysia yang cintakan keamanan negara. Saya bangga jadi anak Malaysia. namun begitu, sebagai rakyat Malaysia, kita tidak dapat lari daripada politik negara. Sedikit sebanyak, kita perlu tahu senario sekarang agar kita tidak digelar 'katak dibawah tempurung' .

Kejayaan pihak pembangkang menawan beberapa negeri seharusnya membuka mata kita. Wujudkan kepincangan dalam BN sehingga sokongan kepada pimpinan Pak Lah semakin kurang? Adakah beberapa isu utama gagal ditangani oleh BN sehingga rakyat mula beralih arah ? Jawapan adalah kepada rakyat sendiri. Kita yang memilih dan semestinya pilihan kita bersandarkan kepada pandangan masing-masing. Jika kita mempunyai 10 juta pengundi, kita mungkin mempunyai 10 juta alasan kenapa kita mengundi parti politik tersebut.