Cerita Kedai Kopi

Lagu terbaru Malique feat Salam, cerita kedai kopi. Anda boleh download lagu tersebut di :


Cerita kedai kopi - malique feat Salam

AhLong oh Ahlong

Sekarang dah macam-macam kes yang kita dengar tentang along. Hingga ada yang sanggup merantai peminjam seperti ANJING. Walhal jumlah yang dipinjam kecil jumlahnya. Tapi dimana silapnya? Masih ramai orang kita yang masih meminjam daripada lintah-lintah ini hanya hanya mementingkan keuntungan semata-mata.

Jika kita lihat, kebanyakan daripada peminjam-peminjam ini merupakan mereka yang mempunyai pendapatan rendah dan sederhana yang memerlukan bantuan kewangan untuk pelbagai perkara. Kita lihat disini, pihak bank tidak memainkan peranan mereka. Golongan yang berpendapatan rendah ini diabaikan. Mereka lebih suka kepada perkerja-pekerja sektor awan. Tolonglah........ bukan semua yang benasib baik dapat kerja dengan kerajaan. Jika semua bekerja dengan kerajaan, siapa yang nak jadi kerani syarikat-syarikat SME, pemandu lori, pemotong rumput, pembersih bangunan..??? Siapa ...????

Sepatutnya, syarikat kewangan memainkan peranan dalam khidmat sosial. Permudahkan urusan pinjaman, bantu mereka yang memerlukan. Bukan hanya melayan orang-orang yang senang sahaja. Pemimpim-pemimpin kerajaan harus telus melihat masalah ini. Jangan apabila ada isu-isu yang besar, baru hendak membuka mulut. Itupun hanya sekejap saje. Lama sikit nanti, isu itu akan dilupakan.

Jika syarikat-syarikat kewangan tidak boleh menunaikan khidmat sosial mereka kerana mereka peniaga. Matlamat utama adalah KEUNTUNGAN. Kerajaan boleh membantu dengan mengarahkan syarikat kewangan mereka membantu orang-orang yang memerlukan . BSN misalnya.

Masalah along ini tidak akan selesai selagi syarikat-syarikat masih lagi mengabaikan khidmat sosial mereka.

Cerita lama - tapi aku nak tulis gak

AF7 ..!! Siapa yang tidak menonton konsert final AF7 ..?? Daripada 7 musim AF, aku rasa konsert akhir inilah yang paling tidak menyegat. Kenapa ...???? Rasa macam membosankan. Student yang melangkah ke final merupakan student2 yang power tapi kenapa masih membosankan. Aku lebih suka dengan konsert untuk tema teater. memang power. Aku boleh ingat lagi persembahan mereka.

Tapi untuk konsert final...???? entahlah... dimana silapnya. pemilihan lagu yang tidak berapa menarik menghambarkan perasaan ghairah menonton konsert akhir. Selain Akim yang menojolkan persembahan menarik dengan lagu BERCINTA , pesembahan student yang lain hanya biasa2 sahaja.

Kemasukkan Aril pada minggu ke 9 telah memecahkan undi student lain. Kenapa perlu ada AFUNDI MASUK. yang keluar terus keluar. Jangan dibawa masuk kembali. 4 orang sudah cukup untuk persembahan akhir. Kenapa perlu dibawa masuk seorang lagi. Ini tidak adil kepada pelajar2 yang sedia ada yang bertungkus lumus untuk berjuang ke peringkat akhir.

Komen aku... BOSAN........

Kenapa aku malas nak tulis blog...

hmmm.... dah lama aku tak menulis di blog ini. tak tau la kenapa. kadang-kadang aku malas sangat nak menulis. Idea ader tapi jari-jari ni malas untuk menaip ayat2 untuk di postkan.


Tapi keadaan mungkin berubah.... HAHAHAH ..... MUNGKIN, aku akan mula untuk menulis kembali. Banyak perkara disekeliling kita yang menarik untuk diperkatakan, dibincangkan. Ader perkara yang perlu dipertahankan, ader perkara perlu dihina....

hmmm.... aku akan kembali menulis..... kui3x

Topix.com - perbincangan hangat di internet

Sape yang tau pasal topix.com cepat angkat tangan. Huhuhuhu... ramai nye yang tau. Ok, kat sini aku nak bagi tau korang dekat topix.com tu ader satu sub forum malaysia. Bila korang klik kat situ, korang leh tgk macam-macam post. Korang nilaikan sendiri semua post tu. Ada OK ka tarak Ok.


chow....


topix.com

Aku kembali

Hmmmm................ setelah sekian lama aku tak update blog nie kini aku kembali. Sebab apa aku tak update blog nie aku pun tak tau. Malas kot ...... mungkin. Tak de idea...... mungkin jugak. Entah la...

Hari nie tiba-tiba aku tergerak hati nak menulis kat blog nie. Mungkin sebab boring kot dengan kerja-kerja pejabat. Maklumla... dah akhir tahun.


Ok .... jumpa lagi di post akan datang......

bile.... ????? Entahla.....................................................

Khairy punca BN tewas mengejut?

Najib menang dengan 26,000 undi dan jumlah ini lebih banyak daripada 2004 ketika BN sangat, sangat popular. Sebaliknya, Pak Lah - yang mempunyai majoriti 18,000 undi sebelumnya - kini hanya berjaya mendapat 11,000. Kenyataannya, dia telah hilang banyak undi. Dan tidak banyak pemimpin yang berjaya meningkatkan majoriti sejak 2004.

Transkrip sidang media Tun Dr Mahathir Mohamad pagi tadi:

Adakah Tun terperanjat dengan keputusan (pilihanraya semalam)?

Mahathir: Saya rasa ia memang menggemparkan. Walaupun saya menjangkakan BN akan kalah tetapi saya tidak fikir mereka boleh tumbang di lima negeri.

Saya minta maaf, saya salah pilih Pak Lah. Saya tidak sangka seseorang Perdana Menteri boleh menukar semua dasar sebuah kerajaan. Jadi saya fikir masyarakat seluruhnya mesti rasa sangat-sangat marah. Ketiga-tiga kaum, Cina, Melayu dan India semuanya memberi reaksi.

Apakah Tun akan menekan Pak Lah agar meletakkan jawatan?

Saya rasa dia patut memikul tanggungjawab (atas kekalahan) ini. Macam tahun 2004, ketika mendapat majoriti besar, kemenangan itu digambarkan kerana dirinya 100 peratus. Sekarang dia harus terima 100 peratus tanggungjawab itu.

Apa maksud Tun mengambil tanggungjawab?

Dia telah memusnahkan Umno, merosakkan BN. Dan dia harus bertanggungjawab atas kekalahan teruk ini.

Jika dia enggan mengambil tanggungjawab, apakah anda fikir Umno akan memastikan dia melepaskan jawatan?

Saya fikir orang Umno di peringkat akar umbi sangat takut pada lelaki ini. Ketika saya (memimpin) dulu, mereka boleh mencabar saya. Tapi kali ini saya sendiri tidak dibenarkan bercakap. Saya diundang berucap di depan ahli-ahli Umno tetapi semuanya terpaksa dibatalkan. Mereka kata, polis meminta mereka membatalkannya.

Apabila anda kata (dia harus) 'meletakkan jawatan', apakah anda maksudkan (presiden) Umno atau Perdana Menteri?

Saya fikir dia patut (letak jawatan). Kalau orang Jepun, dia sudah lakukan 'hara-kiri'. Saya fikir pencapaian Najib (Razak) bagus. Dia telah menang dengan menakjubkan, lebih baik berbanding 2004.

Apakah yang anda fikir penyebab kekalahan ini?


Saya fikir menantunya (Khairy Jamaluddin) ada peranan besar.

khairy jamaluddinAnak muda ini yang tidak pernah mencapai apa-apa sebelumnya tetapi jelas Perdana Menteri lebih bersedia mendengar daripadanya berbanding polis, anggota Cawangan Khas dan angkatan tentera, yang lebih dekat dengan masyarakat akar umbi.

Mereka terlalu percaya pada laporan akhbar mereka sendiri sehingga mereka tidak dapat mendengar (sumber-sumber) yang lain. Mereka membuang apa sahaja yang mereka tidak gemar.

Apakah anda fikir masa untuk mengadakan pilihanraya ini (tidak sesuai) salah perhitungan?

Ia bolehlah disebut salah perhitungan tetapi saya ragu-ragu jika mereka menangguhkan tahun depan, keputusannya akan berlainan.

Apakah isu-isu yang mendorong tumbangnya negeri-negeri itu?

Banyak isu yang menyebabkan perasaan orang ramai, walaupun ada pertumbuhan ekonomi, mereka tidak rasa apa-apa (nikmat).

Mereka rasa kenaikan kos sara hidup satu faktor besar. Mereka juga nampak bahawa kerajaan kini ditadbir oleh satu keluarga sahaja. Apabila keutamaan keluarga melebihi kabinet, kerajaan, maka orang akan menentangnya.

Apakah anda fikir kerosakan ini akan kekal bersama BN?

Semuanya boleh diubah jika anda buat sesuatu dengan baik. Mereka menjadi begitu bongkak sehingga mereka menutup semua pandangan lain yang mereka tidak suka dan percaya pada laporan mereka sendiri yang tidak sejajar dengan apa yang sebenarnya terjadi dalam negara.

Dengan kejayaan pembangkang menembusi banyak lagi negeri-negeri, apakah yang akan terjadi?

Akan wujud ketidakstabilan untuk seketika. Jika pembangkang pandai, mereka boleh memperbaiki keadaan itu.

Apakah anda fikir Anwar Ibrahim masih lagi relevan?

anwar ibrahimSaya fikir dia masih lagi relevan tetapi dia tidak akan menjadi perdana menteri di negara ini.

Jika anda berada di tempat Pak Lah, apakah anda akan tergesa-gesa untuk menubuhkan kerajaan?

Saya akan mengambil tanggungjawab. Jika orang minta saya meletakkan jawatan, saya akan letak.

Selepas ketewasan teruk ini, apakah anda fikir BN masih mampu memperbaiki keadaan ini?

Masih ada harapan. Tetapi sama ada pemimpin-pemimpin bertekad untuk memperbaiki BN adalah persoalan lain.

Siapakah yang patut menggantikan Pak Lah?

najib tun razak 03Najib menang dengan 26,000 undi dan jumlah ini lebih banyak daripada 2004 ketika BN sangat, sangat popular. Sebaliknya, Pak Lah - yang mempunyai majoriti 18,000 undi sebelumnya - kini hanya berjaya mendapat 11,000.

Kenyataannya, dia telah hilang banyak undi. Dan tidak banyak pemimpin yang berjaya meningkatkan majoriti sejak 2004.

Benar, menantunya menang (di Rembau) tetapi dia hanya menang dengan majoriti kecil, lebih rendah daripada sebelumnya. Dia juga bertanding di kerusi yang selamat.

Bagaimana memperbaiki Umno?

Orang yang bertanggungjawab harus undur.

Jika orang Melayu tidak mengundi pembangkang, kekalahan teruk ini tidak akan terjadi. Kenapa boleh wujud gejala penyokong Umno memilih pembangkang kali ini?

Mereka fikir mereka kini dalam tekanan. Inflasi meningkat. Kehidupan mereka ala kadar. Semua tahu bahawa anda boleh cakap (bahawa) pertumbuhan (ekonomi) kini 6 peratus tetapi di mana 6 peratus ini di badan mereka? Mereka terpaksa membayar lagi.

Saya telah cakapkan perkara ini kepada Malaysiakini. Apabila anda berkata 6 peratus, ia hanya ukuran purata. Ia boleh dicapai apabila seseorang memiliki peratusan yang tinggi tetapi orang lain tidak mendapat apa-apa. Anda tidak boleh menunjukkan perangkaan jenis ini dan kemudian berharap orang ramai akan mengundi anda.

Seseorang yang cerdik akan tahu bahawa ia (statistik) tidak betul. Mereka yang tidak faham semua perangkaan ini, akan berpandukan apa yang sebenarnya dialami mereka. Apa yang mereka hadapi ialah kos sara hidup yang semakin tinggi dan tingkat kehidupan mereka makin rendah.

Jika kita tengok (sejarah) pilihanraya umum 1969, selepas Perikatan (kini BN) tewas, anda termasuk dalam golongan yang mendesak Perdana Menter (Tunku Abdul Rahman) melepaskan jawatannya kepada timbalannya (Tun Abdul Razak Hussein) ...

Saya dalam keadaan dilema kerana saya masih lagi ahli Umno.

Apakah anda akan menjadi pendesak lagi?

Saya akan terus bercakap. Jika orang tanya, saya akan berikan pendapat saya. Dan pandangan saya dalam perkara ini ialah orang yang bertanggungjawab harus berundur.

Melihat barisan pemimpin BN sekarang, apakah anda fikir kerajaan BN boleh mengurus ekonomi?

Tidak, saya tidak fikir mereka boleh mengurusnya. Walaupun mereka mempunyai ramai orang dan banyak wang, mereka tidak dapat berbuat apa-apa.

Kenapa?

Anda kena tanya pemimpin-pemimpin di negeri.

Pulau Pinang telah jatuh ke tangan DAP, bagaimanakah keadaan ini memberi kesan kepada Melayu?

Ia bukan hanya di Pulau Pinang. Jika kita hendak membaikinya, kita mesti mempunyai pemimpin-pemimpin Melayu, kita memang ada kerajaan Melayu dan warga Melayu mestilah tahu bagaimana mengatasi masalah mereka.

tengku razaleigh 02Apakah yang pemimpin veteran seperti Tengku Razaleigh (Hamzah) boleh buat untuk membantu Umno, setakat kini?

Mereka boleh memberi idea.

Apakah ia untuk melawan dan memaksa Pak Lah meletakkan jawatan?

Saya tidak bercakap soal pemberontakan tetapi (kita) mesti beri tekanan. Dan jika tekanan itu diabaikan oleh Pak Lah, maka ia akan menjadikan perkara ini suatu ketegangan.

Apakah anda fikir kemenangan besar itu akibat dorongan Anwar?

Saya tidak fikir kerana dia. Saya fikir keinginan (mereka) menentang BN lebih kuat daripada (mereka) menyokong pembangkang.

Mereka (pengundi) tiada pilihan. Jika anda tidak memilih BN, siapa lagi yang anda pilih? Hanya ada dua calon. Jadi anda memangkah calon pembangkang atau anda langsung tidak membuang undi. Kedua-duanya (keadaan ini) menyebabkan BN hilang banyak sokongan.

Orang kata Umno masih takutkan Pak Lah. Jadi bagaimana mereka boleh menekan Pak Lah agar berundur?

Saya yakin akan ada beberapa anggota yang berani di luar sana.

Apakah ada pilihan lain bagi Pak Lah selain melepaskan jawatan?

abdullah ahmad badawi pak lah 110907Saya tidak fikir ada pilihan lain. Seseorang yang bertanggungjawab 100 peratus harus menunjukkan bahawa dia sedia bertanggungjawab.

Ada orang kata jika majoriti dua pertiga BN dinafikan, peristiwa 13 Mei akan berulang. Kenapa ia tidak terjadi sekarang?

Tidak, saya tidak fikir ia akan berulang. Polis juga sangat berhati-hati, melarang orang berdemonstrasi dan jangan berarak.

Pada 1969, polis memberi keizinan kepada pembangkang menganjurkan perarakan kemenangan. Dan mereka bergerak ke Kampung Baru dan mula menghina orang-orang di situ, yang tentunya akan dibalas. Ia berakhir dengan rusuhan.

Jika polis terus bertegas dengan demonstrasi dan perarakan, saya tidak fikir akan wujud apa-apa masalah.

Apakah ini waktunya menghapuskan politik perkauman?

Saya katakan, ini (penolakan pada BN) melibatkan semua kaum. Bukan Cina sahaja tolak BN atau semua India tolak BN. Dalam kes ini, anda lihat Cina, India dan Melayu menolak BN kecuali di Sabah dan Sarawak.

Umno masih mengekalkan banyak kerusi berbanding parti-parti komponen seperti MIC dan MCA. Apakah mereka sanggup mendesak Pak Lah meletakkan jawatan?

Itu terpulang pada mereka sama ada mahu menekan atau tidak tetapi konsep BN masih relevan. Jika tidak ada (presiden MIC) Samy Vellu, maka cari seorang lagi Vellu.

Boleh ulas tentang Zam (Zainuddin Maidin)?

zainuddin maidinDia menang atau kalah? [ada orang jawab "kalah"] Oh, dia kalah. Cara dia berkempen sangat kelakar, memberitahu orang supaya tengok muka dia dan menunjukkan pada mereka bagaimana ia (muka Zam) tidak pernah berubah-ubah. Tetapi saya fikir, muka yang tidak berubah-ubah akan menyebabkan orang jemu. Kadang-kadang anda mesti ketawa, kadang-kadang anda kena menangis.

Dia beritahu semua orang "Ini muka tak bertukar, tak bertukar" [Zainuddin berkempen dengan menyindir politik Anwar yang sering berubah-ubah]. Siapa yang berminat tengok muka dia? Jika dia Britney Spears, lainlah ...

Jika anda mengalami ketewasan yang sama, apakah anda juga letak jawatan?

Ya, saya akan undur jika itulah kehendak orang ramai. Saya selalu tunduk pada hasrat orang ramai, sehinggakan ramai yang pernah menentang saya dimasukkan semula sebagai anggota kabinet, dan mereka itu termasuklah Pak Lah, Syed Hamid (Albar), Rais Yatim dan (Abdul) Kadir Sheikh Fadzil. Ini semua (pemimpin) pernah menentang saya.

Tetapi apabila Pak Lah dipilih sebagai naib presiden, saya tidak boleh (melantiknya) seperti yang dikehendaki Umno. Jadi, saya lantiknya kembali dalam kabinet.

Tetapi anda tidak meletakkan jawatan pada 1999?

Saya tidak letak jawatan sebab kita menang dua pertiga. Kita menang dengan sokongan penuh Cina. Ya, kita tewas di Terengganu dan Kelantan tetapi kita selalu kalah di Kelantan, dan (kita tewas) Terengganu kerana sebab-sebab khusus.

Apakah BN tewas kerana ramai pemimpin seperti Samy Vellu yang bergayut pada kuasa terlalu lama?

samy vellu  010307Saya fikir Samy Vellu turut menjadi penyebab utama ketewasan itu. Ketika dia dalam BN, dia tidak benarkan orang MIC sampai ke peringkat setinggi dia. Jika mereka menang sebagai timbalan atau naib presiden, mereka akan disingkirkan dan malah dibuang dari parti.

Dan dia tidak benarkan parti-parti lain kaum India menyertai BN. (MG) Pandithan cuba sertai, merayu pada saya untuk membenarkannya dan saya bersetuju tetapi kita dalam BN ada kata sepakat bahawa jika ada satu parti tidak bersetuju, kita tidak boleh menerimanya.

Apakah anda terkejut dengan kemenangan (tahanan ISA) M Manoharan?

Ia pernah berlaku pada 1959 atau apakah itu tahun 1964, apabila PAS masuk ke kampung-kampung dengan membawa kasut calon dan dia boleh menang.

Apakah pandangan anda tentang peranan media, khususnya media arus perdana, dalam kempen (BN) ini? Apakah anda fikir ia patut diubah?

Memang patut diubah. Mereka patut melaporkan apa yang sebenarnya berlaku dan melakukan analisis yang betul. Dulu, media berupaya memberikan maklum balas kepada saya tentang apa yang berlaku di bawah. Mungkin apabila mereka bercakap tentang isu kaum dan seumpamanya, saya akan menutup (media), seperti saya buat pada 1987.

Patutkah semua ketua atasan akhbar-akhbar ini meletakkan jawatan?

Mereka sendiri ada batasannya. Sebahagiannya kawan saya dan penyokong saya juga dan mereka memohon maaf kerana tidak mampu membantu. "Ini semua angkara Kali. Kali ini," cerita mereka pada saya.

Apakah Umno makin tidak relevan?

Untuk masa ini, ya. Ia tidak selalunya begitu. Jika Umno memberikan khidmatnya pada negara, dan menjaga semua kaum, maka Umno akan menjadi relevan semula.

Apakah ulasan Tun tentang calon-calon muda BN yang tewas?

khairy jamaluddinMemang ada khabar-khabar angin bahawa sebahagian calon-calon ini (orang) Khairy dan bahawa dia mahu menjadi perdana menteri.

Apakah anda fikir pemimpin-pemimpin komponen BN yang lain patut meletakkan jawatan?

Saya rasa sudah ada seorang pemimpin yang tewas. Untuk kes (presiden MCA) Ong Ka Ting, terpulang kepadanya. Keputusan itu terlalu teruk padanya dan MCA dan ia tidak pernah seburuk ini.

Semua orang kata PAS dan DAP tidak boleh bekerjasama tetapi jika mereka gagal bekerjasama di Selangor dan Perak, mereka tidak boleh membentuk kerajaan negeri. Apakah komen anda?

Jika mereka kerja bersama, mereka boleh membentuk kerajaan negeri. Jika tidak, maka wakil-wakil Umno - jika mereka cukup - boleh membentuk kerajaan minoriti. Tetapi ia akan menjadi kerajaan yang goyang.

Apakah anda sedih melihat keputusan itu?

Ya, walaupun saya sangat berharap satu mesej telah disampaikan kepada kerajaan.

Apakah anda berminat aktif kembali dalam politik?

Saya tidak akan kembali bergiat dalam politik tetapi jika mereka meminta nasihat, saya boleh beri. Bagaimana saya hendak kembali kerana apabila saya melepaskan jawatan, mereka layan saya seperti seorang pariah.


dipetik daripada malaysiakini